Talian kasih menerima 157,000 panggilan telefon sejak kerajaan mengistiharkan Perintah Kawalan Pergerakan pada Mac lalu.<br />Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun daripada jumlah berkenaan 96 peratus daripadanya adalah untuk memohon bantuan.<br />Kerajaan Selangor percaya insiden pencemaran bau di Loji Indah Water Konsortium (IWK) di Taman Velox, Rawang, sengaja dilakukan pihak tertentu bagi memburuk-burukkan imej pentadbiran negeri itu.<br />Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata premis yang disyaki menjadi lokasi pembuangan sisa bahan kimia, difahamkan baru sahaja disewa dua minggu lepas.
